Wanita PKR Selangor jamin tiada lagi ahli keluar parti

Rodziah (tiga dari kiri) mengetuk gong sebagai gimik pelancaran program berkenaan yang berlangsung diPangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera, pada Sabtu.
Rodziah (tiga dari kiri) mengetuk gong sebagai gimik pelancaran program berkenaan yang berlangsung diPangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera, pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberi jaminan tiada lagi ahli mereka akan meninggalkan parti itu selepas kontroversi membabitkan bekas Naib Presidennya, Datuk Dr Xavier Jayakumar sebelum ini.

Ketua Wanitanya, Rodziah Ismail berkata, buat masa ini, beliau masih belum menerima sebarang aduan atau maklumat berhubung tindakan tersebut daripada mana-mana pihak.

Rodziah berkata, menerusi pertemuannya bersama Ketua Wanita Cabang Hulu Langat pada Khamis lalu juga mendapati jawatankuasa terlibat masih kukuh dan bersedia untuk mesyuarat agung kelak.

"Mungkin pemergian beliau (Xavier) sebelum ini adalah merupakan tindakan individu dan saya rasa PKR lebih matang dan kami tak terjejas," katanya kepada pemberita selepas Program Pick & Pay Laman Hijau Strata Negeri Selangor yang berlangsung di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Rodziah berkata, PKR kini mengambil pendekatan untuk bergerak ke hadapan dan tidak lagi mahu terikat dengan isu pengkhianatan terhadap parti itu.

Bagaimanapun, ujar beliau, kepimpinan parti masih berhati-hati khususnya dalam perkara itu bagi menggelakkan mana-mana ahli mereka mengambil tindakan sedemikian selepas ini.

"Kepimpinan parti juga kini amat tegas dalam aspek disiplin dengan mengambil tindakan tertentu ke atas pihak terlibat," katanya.

Pada 15 Mac lalu, Xavier mengumumkan peletakan jawatan menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter rasminya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi kenyataan itu, beliau mengumumkan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan parti berkenaan tidak terjejas dengan peletakan jawatan Xavier dan pihaknya sudah bermesyuarat dengan pimpinan PKR Cabang Kuala Langat berhubung tersebut.