Saya tetap jadi PM: Anwar

A
A

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun.

Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.

Kata Anwar, dalam perbincangan dengan Mahathir, beliau sendiri menyuarakan mahu Mahathir mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa, katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan keputusannya memaafkan Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik.

Katanya, kerjasama dengan Mahathir akan memberi manfaat besar kepada rakyat selain Pengerusi Bersatu itu juga dilihat komited dengan beberapa agenda reformasi PKR.

Selain itu, Anwar turut menzahirkan keyakinan Mahathir tidak akan melakukan rombakan Kabinet seperti didakwa segelintir pihak dalam media sosial.

Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia