Sanggup abai keselamatan jalan raya demi hobi

Mohd Zaki (kanan) melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam Operasi Bersepadu di Jalan Cheras berhampiran Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mohd Zaki (kanan) melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam Operasi Bersepadu di Jalan Cheras berhampiran Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Segelintir pengguna jalan raya sanggup mengabaikan peraturan dan keselamatan orang lain hanya kerana mahu memenuhi hobi ubah suai kenderaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, golongan ini berpendapat hobi dan minat mengatasi segalanya termasuk peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.

Menurutnya, contohnya, penggunaan lampu high intensity discharged (HID) yang dipasang secara aksesori dengan kuasa melebihi standard ditetapkan boleh mengganggu penglihatan sekali gus memudaratkan pengguna jalan raya lain.

"Tindakan penguatkuasaan dilakukan bagi memastikan semua pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Diingatkan bahawa setiap peraturan dan undang-undang yang digubal bukan untuk menghukum tetapi bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya," katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Bersepadu di Jalan Cheras berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini pada Jumaat.

Operasi Bersepadu di Jalan Cheras berhampiran Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Operasi Bersepadu di Jalan Cheras berhampiran Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Operasi bermula jam 9 malam itu melibatkan seramai 133 pegawai dan anggota JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Mohd Zaki berkata, berkenaan adalah untuk kepentingan mereka.

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi itu, beliau berkata, sebanyak 1,750 kenderaan diperiksa dengan 197 daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, sebanyak 365 notis dikeluarkan dengan kesalahan tiada lesen memandu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 170 saman, nombor pendaftaran ‘fancy’ (76 saman) serta tiada lesen kenderaan motor (67 saman).

"Selain itu, 10 individu didapati positif dadah hasil saringan ujian air kencing.

"Kita turut menahan dua warga Myanmar kerana tidak memiliki dokumen," katanya.