X

Kindly register in order to view this article
!

'Keluarga saya tidak dijangkiti Covid-19'

Ridzuan (kiri) membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jerantut pada Khamis berikutan penyebaran berita palsu mengenai keluarganya yang didakwa dijangkiti Covid-19.
A
A

JERANTUT - Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Ridzuan Mansor kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mendakwa keluarganya dijangkiti Covid-19 sejak Khamis.

Menurutnya, doktor yang dikuarantin adalah yang bertugas di sebuah hospital kerajaan dan bukan isterinya.

"Sebenarnya yang kena kuarantin adalah orang lain bukannya kami dan saya harap semua pihak berhenti menyebarkan berita palsu ini.

"Isteri saya juga doktor namun bertugas di klinik swasta," katanya pada Sinar Harian pada Sabtu.

Ridzuan berkata, terdapat kekeliruan kerana nama isterinya dan doktor berkenaan seakan sama malah anaknya juga bersekolah di sekolah yang sama di daerah ini.

Beliau berkata, isterinya juga menerima beberapa panggilan telefon pada Khamis lalu sehingga ada yang marah kerana kliniknya masih beroperasi seperti biasa.

"Saya dan isteri menerima panggilan bertalu-talu pada Khamis bagi bertanyakan mengenai berita itu.

"Saya sudah menjelaskan mengenai kekeliruan itu dan kami sekeluarga bebas daripada Covid-19," katanya.

Katanya, beliau juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut pada Khamis bagi menjelaskan perkara ini dan berharap orang ramai akan datang mendapatkan rawatan seperti biasa di klinik isterinya bekerja.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!