Covid-19: Malaysia berada di persimpangan turun atau naik

Berdasarkan graf unjuran, kes harian menurun sekiranya rakyat konsisten patuh kepada prosedur operasi standard.
Berdasarkan graf unjuran, kes harian menurun sekiranya rakyat konsisten patuh kepada prosedur operasi standard.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia berada di persimpangan unjuran harian kes baharu positif Covid-19 sama ada akan terus mencatatkan penurunan atau kembali meningkat hingga akhir Mei depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan graf unjuran itu, kes harian menurun sekiranya rakyat konsisten patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Kini kita berada dalam persimpangan, jika terus patuh kepada SOP, kita akan mengikut unjuran zon biru dan kes semakin berkurangan.

“Namun jika tidak patuh kepada SOP, kita akan mengikut unjuran zon merah iaitu kes akan meningkat semula.

“Bersama kita boleh landaikan keluk sekali lagi. Semoga dipermudahkan urusan kita semua,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Malaysia merekodkan jumlah kes baharu harian Covid-19 di bawah angka 2,000 untuk 20 hari berturut-turut dengan 1,275 kes pada Jumaat dengan satu kematian melibatkan lelaki tempatan.

Bagi tempoh 24 jam itu, sebanyak 1,509 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah terkini kumulatif kes pulih sebanyak 323,925 kes dengan 1,249 kematian dan 14,269 kes aktif.

Artikel Berkaitan: