Kerugian lebih RM1.2 bilion peralatan elektrik terbakar

Muka depan Sinar Harian pada Rabu lalu.
Muka depan Sinar Harian pada Rabu lalu.
A
A
A

LEBIH RM1.2 bilion kerugian direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam 9,182 kes kebakaran melibatkan peralatan elektrik di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JPBM, Ahmad Izham Osman berkata, jumlah tersebut adalah bagi tempoh 2018 hingga 2020.

“Jumlah kerugian adalah RM1,226,543,930.17,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, JPBM turut melaporkan 64 kematian bagi tempoh sama.

“Selangor merekodkan nilai keseluruhan kerugian tertinggi iaitu lebih RM731 juta dan 33 kematian,” katanya.

Beliau berkata, kabel sambungan (extension wire) merupakan punca kebakaran tertinggi membabitkan alat elektrik dengan 2,498 kes.

“Pada tahun 2018, sebanyak 830 kes kebakaran dilaporkan membabitkan kabel sambungan dan 854 direkodkan pada tahun 2019 serta 814 kes pula pada tahun lalu,” katanya.

Punca kes kebakaran itu diikuti oleh peralatan elektrik lain seperti lampu (1,190) dan penyaman udara (2,498) serta lain-lain.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai kebakaran berpunca daripada peralatan elektrik, Ahmad Izham berkata, pihaknya tidak pernah menerima laporan kebakaran berpunca daripada kerosakan peralatan elektrik yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun hasil siasatan JPBM menerusi Bahagian Penyiasatan Kebakaran mendapati memang terdapat kes-kes ke ajaran yang berpunca daripada kerosakan peralatan elektrik.

Ahmad Izham (tengah) sewaktu ditemu bual oleh wartawan Sinar Harian di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat.
Ahmad Izham (tengah) sewaktu ditemu bual oleh wartawan Sinar Harian di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat.

“Namun kita tidak dapat membuat pengesahan sama ada ia mematuhi spesifikasi ditetapkan atau tidak,” katanya.Menurutnya, kebakaran berpunca daripada peralatan elektrik boleh berlaku melalui empat sumber nyalaan.

“Paling kerap berlaku yang melibatkan peralatan elektrik ialah resistance heating dan short circuit,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan barangan elektrik tanpa pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) mempunyai risiko yang tinggi.

“Ini kerana produk tersebut tidak diuji mengikut standard keselamatan negara selain sistem elektrik yang berbeza dengan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu mengelak pembelian barangan elektrik secara terus daripada negara luar.

“Ia tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan selain tidak diperakukan pemakainya di negara kita,” katanya.

Tegasnya, sebarang modifikasi terhadap peralatan elektrik dengan apa juga alasan haruslah dielakkan.

“Kerja-kerja pembaikan perlulah dilakukan oleh individu yang berkompeten,” katanya.

Sebelum ini, SIRIM memberi amaran terhadap penggunaan peralatan elektrik tanpa label keselamatan boleh mengancam nyawa pengguna.

Ahmad Izham (tengah) sewaktu ditemu bual oleh wartawan Sinar Harian di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat.
Ahmad Izham (tengah) sewaktu ditemu bual oleh wartawan Sinar Harian di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat.