X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM Selangor pertahan kredibiliti hapus gejala rasuah

Alias (depan, tengah) bergambar bersama Kepimpinan YARM pusat dan negeri serta pegawai kanan SPRM Negeri Selangor di SPRM Selangor pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menggerakkan usaha secara berterusan bagi mencegah gejala rasuah dalam semua sektor operasinya.

Pengarahnya, Datuk Alias Salim berkata, bagi membendung perlakuan tidak sihat itu, pendekatan strategik dan holistik serta pelan proaktif dilaksanakan bagi memastikan SPRM terus menjadi agensi terunggul dalam memerangi rasuah. Beliau berkata, kecemerlangan SPRM sudah pasti diteruskan ke tahap lebih tinggi dan efektif di negara ini khususnya di negeri Selangor.

“Semua pihak diminta memberi kerjasama padu bagi mencegah rasuah demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar bersama Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM).

Kepimpinan tertinggi YARM diketuai oleh Ahli Panel Penasihat YARM, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Alias dan pegawai SPRM Selangor di Pejabat SPRM Selangor di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Alias berkata, YARM boleh memainkan peranan penting bagi mendidik masyarakat dan generasi muda menolak rasuah. “YARM perlu banyak mengadakan program dengan masyarakat, agensi kerajaan dan swasta serta di peringkat univerisiti bagi menggerak usaha mendidik mereka menolak amalan rasuah,” katanya.

Sementara itu, Mustapha berkata, kerjasama strategik antara badan bukan kerajaan (NGO) amat penting bagi menyedarkan masyarakat supaya amalan rasuah perlu dihindari secara bijaksana.

Katanya, masyarakat perlu menjadi mata dan telinga bagi melapor berita yang benar dan sahih kerana terlalu banyak laporan yang disebarkan merupakan berita tidak sahih.

“Kerjasama ini amat bermakna kerana Selangor ialah sebuah negeri maju dan ramai pelabur luar negara berminat untuk melabur di sini.

“Keyakinan kepada kemakmuran dan bebas rasuah boleh menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini,” katanya.

Mustapha turut memuji langkah-langkah yang diambil SPRM Selangor dalam semua aspek pencegahan rasuah termasuk mendapat sokongan padu daripada kerajaan negeri Selangor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!