Pasukan polis berusia 214 tahun!

No Image Caption
A
A
A

AWANG nak ucapkan syabas dan tahniah pada PDRM yang baru menyambut Hari Polis. Rupa-rupanya dah 214 tahun sejarah pasukan polis kita. Bukan sedikit jasa dan bakti pasukan ini pada negara dan rakyat.

Dalam pada itu Awang juga ingatkan rakyat agar beri sokongan padu pada Ketua Polis Negara (KPN) yang nampaknya bekerja keras nak kembalikan keyakinan rakyat pada pasukan itu.

Memang rakyat hargai komitmen Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau buat banyak kenyataan yang memeranjatkan tentang masalah dalaman polis. Tapi Awang percaya dengan niat baik. Jikalau diteliti ucapan dan kenyataan media beliau, memang beliau dedahkan hal-hal yang selama ini mencemar imej PDRM.

Beliau bertekad nak hapus salah laku dan rasuah di kalangan anggota polis. Beliau dedahkan tentang kartel yang jadi isu kontroversi itu. Beliau sedar pendedahan yang beliau buat boleh jejaskan nama PDRM. Tapi beliau melakukannya untuk kebaikan pasukan itu.

Beliau tak mahu budaya lama bersarang dan amalan buruk jadi barah. Beliau terus terang akui ada anggota polis yang salah guna kuasa dan kedudukan mereka, ada yang terlibat dalam peras ugut, ada yang berbaik-baik dengan sindiket tertentu dan ada yang amalkan rasuah. Ini semua budaya yang beliau anggap ‘jijik’.

Macam-macam juga tafsiran terhadap kenyataan beliau. Tapi pada keseluruhannya beliau dapat sokongan rakyat. Banyak yang kata dalam waktu yang singkat beliau jadi KPN, nampak perubahan yang berlaku.

Awang harap transformasi dalaman ini akan diteruskan oleh pengganti beliau kelak. Janganlah pula sekali air bah, sekali pantai berubah.

Artikel Berkaitan: