Perhimpunan Agung UMNO medan hapus sangsi

Raptai PAU 2020 giat dijalankan ketika tinjauan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menjelang perhimpunan agung parti itu yang bakal berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad.
Raptai PAU 2020 giat dijalankan ketika tinjauan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menjelang perhimpunan agung parti itu yang bakal berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu Perhimpunan Agung UMNO menjadi sebuah medan penting untuk menghapuskan segala kesangsian yang ditimbulkan pihak tertentu dalam parti itu.

Beliau berkata, ahli dan akar umbi perlu jelas dengan pendirian yang dinyatakan UMNO sejak mula tertubuhnya kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) untuk mendokong gagasan itu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sahaja.

“Kita perlu untuk berbincang dalam medan Perhimpunan Agung UMNO ini agar tidak timbul lagi suara-suara nyamuk yang kadangkala cuba untuk mencetuskan kesangsian dan akui suara ini berimbuhan serta mempunyai elaun.

“Kita tidak mahu tuduh sesiapa tetapi semacam ada usaha-usaha agar sesama UMNO saling berprasangka,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Beliau pada masa sama mengakui wujud pihak yang mencemburui UMNO, meskipun ramai yang mengatakan parti perjuangan Melayu tersebut sudah tidak lagi relevan.

“Hakikatnya UMNO menjadi rebutan ramai termasuklah PH dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengakui mengadakan rundingan dengan UMNO, DAP juga mengaku dan Parti Amanah Negara (Amanah) turut menyatakan kesediaan mereka untuk bersama.

“Itu tidak termasuk Bersatu yang diibaratkan seperti marah-marah sayang. Sekejap kata mahu bertanding semua kerusi di Terengganu dan apabila kita buat keputusan tidak bersama, mereka menyatakan boleh berunding pula,” kata beliau.

Ujar beliau, situasi itu memberikan indikasi bahawa UMNO mempunyai nilai harga yang mahal walaupun itu cuma persepsi.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun UMNO tidak boleh sombong untuk mendengar dan membetulkan diri dengan teguran daripada akar umbi,” kata Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi