X

Kindly register in order to view this article
!

MBS tidak luluskan permohonan membina insinerator

Kerja-kerja pembinaan kelihatan telah dijalankan ditapak projek insinerator di Bandar Sri Sendayan. Gambar kecil: Teo Kok Seong
A
A

SEREMBAN - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) tidak pernah meluluskan projek pembinaan loji insinerator di Bandar Baru Sri Sendayan.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, kelulusan yang diberikan oleh MBS sebelum ini adalah projek lain, bukan melibatkan insinerator.

Katanya, pembinaan loji insinerator ini adalah projek tambahan yang dikemukakan oleh pihak syarikat kepada MBS dan sudah tentu kerajaan negeri menolak permohonan tersebut.

"Segala industri atau perusahaan yang melibatkan sektor sensitif perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar.

"Setahu saya apa yang mereka mohon kepada MBS adalah projek pembinaan tanpa projek insinerator itu dan ia adalah permohonan tambahan daripada pihak pemaju.

"Kerajaan Negeri Sembilan memandang serius perkara tersebut dan kita akan membatalkan permohonan itu, walau pun ada permohonan EIA tetapi kerajaan negeri ada hak untuk membuat keputusan menolak permohonan syarikat itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, jika permohonan yang dibuat bercanggah dengan apa yang dimohon, kerajaan negeri ada hak membatalkan.

Tegas Kok Seong, kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur terhadap projek yang boleh mendatangkan pencemaran dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

"Saya telah arahkan MBS memantau pembinaan yang berlaku di tapak projek tersebut dan jika perlu kita akan meminta mereka menghentikan segala kerja-kerja pembinaan yang berlaku sekarang ini," katanya.

Sementara itu, Biro Kempen Masyarakat Sivik MCA, berharap MBS dan pihak berkaitan dapat menjelaskan mengenai status projek insinerator tersebut.

Ketua Biro Kempen Masyarakat Sivik MCA, Ng Kian Nam mendakwa, pihaknya mendapat maklumat bahawa MBS telah meluluskan pembinaan tersebut pada Januari 2021 yang dikemukakan oleh sebuah syarikat swasta.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!