98% perniagaan ditonton dalam masa 3.5 bilion minit di TikTok pada bulan Ramadan

No Image Caption
A
A
A

Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia sejak lebih setahun lalu sebenarnya bukan hanya mempengaruhi hampir seluruh gaya hidup namun ia juga mengubah landskap kepenggunaan di Malaysia terutamanya pada bulan Ramadan.

Tahukah anda, hasil kajian yang dijalankan oleh aplikasi video pendek untuk orang berkarya kreatif dan happy-happy, TikTok, menunjukkantabiat membeli-belah pengguna di Malaysia pada bulan Ramadan telah berubah.

Hasil kajian itu mendedahkan 28 peratus daripada pengguna membeli secara dalam talian, manakala 23 peratus membeli lebih lagi setiap kali.

Trend perubahan ini membabitkan pelbagai jenis barangan yang sama ada dari pengguna yang kaki layan gajet sehingga keperluan untuk pengguna membuat amal ibadat. Jom kita tengok contoh-contohnya.

Macam kain sarong, jumlah orang mencari di TikTok naik3.7 kali ganda manakala 1.5 kali ganda pencarian tikar sejadah melonjak bagi pengguna TikTok. Maklumlah, solat terawih berjemaah bersama keluarga.

Pencarianuntuk barang-barang gajet seperti tablet juga naik 2 kali ganda dan macam biasa carian telefon bimbit paling popular melonjaksampai 4 kali ganda. Mungkin orang nak cari resipi untuk juadah berbuka puasa atau persediaan awal untuk intai-intai fesyen baju raya kot.

Artikel Berkaitan:

IMRAN KHAN
IMRAN KHAN

Pengurus Pemasaran Komunikasi TikTok Asia Tenggara, Imran Khan berkata, kajian itu menemukan suatu hasil yang mengejutkan tau. Pengguna di Malaysia ‘spend time’ dalam talian shopping hampir 3.5 bilion minit pada bulan Ramadan. Wowww menakjubkan!

“Sudah hampir satu tahun kita menyesuaikan diri dengan norma baharu. Namun, kita dapat lihat bahawa jiwa Ramadan terus kekal hidup walaupun penjarakan sosial dan peraturan kawalan pergerakan di seluruh negara dikuatkuasakan.

“Orang ramai tetap terus ke dalam talian untuk bantu mereka meraikan Ramadan dan Hari Raya. Semangat persahabatan dan bersatu hati yang sama juga dilihat dalam kalangan pelbagai komuniti TikTok melalui cabaran seperti #kongsikebaikan, di mana pengguna TikTok mengaspirasikan semangat yang kuat untuk menyumbang semula kepada komuniti, sempena bulan Ramadan,” katanya.

No Image Caption

Yang lagi best, ketika musim Ramadan tahun lepas, pengguna yang ‘join’ dalam TikTok secara purata naik sebanyak 12.5 peratus dan 52 peratus daripadanya kata mereka banyak tahu tentang produk baharu melalui iklan video jenama di TikTok. Maknanya aplikasi ini memang terbaik untuk orang berniaga kalau nak ‘promote’ barang atau produk mereka.

Ujar Imran Khan, apa yang menarik ialah 61 peratus daripada pengguna TikTok rasa bahawa pengiklanan melalui platform tersebut adalah unik manakala 67 peratus setuju bahawa TikTok memang banyak membantu mereka mendapatkan idea tentang jenama atau produk yang mereka tidak pernah terfikir sebelum ini.

“Kami melihat penglibatan pengguna pada tahap yang tinggi di TikTok. 90 peratus daripada pengguna TikTok pernah melihat iklan-iklan di TikTok dan lebih daripada separuh (56 peratus) daripada mereka melakukan carian untuk maklumat yang lebih lanjut tentang iklan yang baru sahaja ditontoni.

“Penglibatan pengguna meningkat sebanyak 43 peratus untuk jenama yang mengiklan, manakala 33 peratus bercakap tentang jenama mahupun produk bersama orang yang dikenali. Ini menunjukkan iklan-iklan ini mempunyai impak yang ketara terhadap komuniti di TikTok,” katanya.

No Image Caption

Kata Imran lagi, penyumbang besar kepada tahap penglibatan yang tinggi di TikTok boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa 92.3 peratus daripada pengguna tidak menggunakan skrin kedua ketika di TikTok, mendalamkan lagi pengalaman mereka di platform tersebut.

“Ini menawarkan peluang kepada jenama-jenama untuk berhubung dengan para penonton mereka dengan lebih dekat lagi.

“Sebabnya mudah sekali. Iklan-iklan sepatutnya menggembirakan dan mengasyikkan dan ini dapat dilihat secara ketara di TikTok, di mana iklan berprestasi terbaik seringnya memberikan pengguna kandungan yang berguna, tulen, menghiburkan dan yang berunsur pendidikan.”

TikTok memang beri peluang kepada semua orang, jenama atau tak kisah jenis bisnes macam mana; besar ke, sederhana ke atau kecil. Semua boleh guna platform ini untuk jual iklan produk masing-masing.

Oleh sebab lebih daripada 98 peratus perniagaan di Malaysia terdiri daripada geng bisnes PKS, TikTok mungkin merupakan pilihan terbaik bagi golongan ini dalam ekonomi semasa.

“Dengan TikTok for Business, semua jenama, tidak kira saiz besar atau kecil diberikan sumber untuk diterokai dan berhubung dengan komuniti umum di sekeliling mereka.”

“Mereka akan mendapati bahawa ianya akan menjadi lebih mudah untuk berhubung secara selamat, positif dan mendalam dengan komuniti Tiktok.

“Ini memberikan peluang unik bagi para jenama dan perniagaan untuk bertindak secara kontemporari dan menunjukkan kreativiti mereka dalam berhubung dengan komuniti digital generasi hari ini,” jelas Imran.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah:

https://www.tiktok.com/business/ms