X

Kindly register in order to view this article
!

Dua pemain digantung perlawanan, dua diberi amaran keras

FAM
A
A

DUA pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan yang dilakukan dalam lima perlawanan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak (FAM) Datuk Baljit Singh Sidhu dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat kali pertama bagi penggal 2021-2025 menjatuhkan hukuman gantung dua perlawanan terhadap Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri berikutan tindakan pemain PJ City FC itu pada aksi Liga Super antara pasukannya dan Melaka United FC 10 Mac lepas.

Baljit Singh berkata penggantungan Ahmad Khairil Anuar bermula pada pertemuan pasukan PJ City FC menentang Terengganu FC (2 April) dan Kuala Lumpur City FC (7 April) akibat tindakannya yang terjatuh di dalam kotak penalti dan memegang kaki seolah-olah dikasari pemain lawan walaupun tiada pemain lawan menyentuhnya sehingga mewujudkan situasi simulasi.

Katanya Hein Htet Aung pula dijatuhi hukuman gantung satu perlawanan susulan kelakuan tidak mempunyai semangat kesukanan pada perlawanan Liga Premier di antara PDRM FC dan Selangor FC pada 6 Mac.

Hein digantung perlawanan melibatkan Perak FC II dan Selangor FC 2 pada 2 April apabila didapati mempamerkan simbol berbaur politik pada perlawanan menentang PDRM FC.

“Pemain (Ahmad Khairil Anuar dan Hein) diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman ini tidak boleh dirayu,” tegasnya.

Sementara itu, dua pemain import iaitu Jack Hindle (Kelantan FC) dan Alex Dos Santos Goncalves (Melaka United FC) diberi amaran keras serta hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

Baljit Singh berkata, Hindle didapati berkelakuan tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier di antara Kelantan FC dan Perak FC II pada 6 Mac manakala Goncalves turut melakukan kesalahan sama dalam perlawanan Liga Super melibatkan PJ City FC dan Melaka United FC, 10 Mac.

Katanya keempat-empat pemain didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!