Mahathir sahkan Bersatu masuk Sabah

Mahathir. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
Mahathir. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bersatu mengesahkan akan tetap memasuki Sabah meskipun keputusan itu kemungkinan tidak disenangi rakan sekutunya, Warisan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya bukan mahu menukar kerajaan negeri sebaliknya mahu mengukuhkan lagi kerajaan dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal itu.

“Kita nak pergi Sabah nak perkuatkan kerajaan Shafie. Kita tak akan menentang. Kita dari parti PH. PH menerima Warisan dalam kerajaan dan kita akan pergi ke sana untuk bantu Shafie bukan tukar kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shafie tetap pendirian enggan Bersatu masuk Sabah

“Keputusan ini dibuat selepas melihat keadaan di Sabah. Ada pihak yang tak sertai Warisan tapi sokong PH terutamanya Bersatu. Bersatu tak ada di Sabah dan ini menyukarkan urusan kita dengan orang bekas Umno yang ingin menjadi ahli Bersatu,” katanya pada sidang

Sebelum ini, Shafie yang juga Presiden Warisan menegaskan Bersatu perlu terus berpegang kepada janji untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah seperti dipersetujui sebelum PRU14.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata keputusan dicapai Bersatu itu tidak perlu mendapat persetujuan atau dilaporkan kepada rakan-rakan komponen.

“Itu tak ada. Mereka pun tak payah tanya kita. Kita tak ada janji tindakan dalam parti perlu mendapat persetujuan atau dilapor kepada parti yang lain,” katanya yang menjangka akan melaksanakannya secepat mungkin.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, setiap bekas ahli UMNO yang ingin bersama Bersatu akan ditapis secara individu sebelum diterima.

Ketika ditanya kemungkinan kemasukan ahli UMNO akan memberi kesan buruk kepada parti, Dr Mahathir berkata persepsi itu turut dialaminya sendiri sebelum ini.

“Kami tidak menerima semua ahli (UMNO) tapi yang terpilih dengan syarat-syarat tertentu. Mereka mesti tolak UMNO, jadi bebas kemudian baru boleh mohon.

“Masa saya mula-mula masuk pembangkang dulu, ada pembangkang yang cakap dia ini tidak sepatutnya masuk pembangkang sebab dia akan rosakkan parti kita tapi sebahagiannya terima saya. Memang tak akan ada yang setuju sepenuhnya dalam apa jua perkara,” katanya.