X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Sultan Selangor minta rakyat yakin ambil vaksin Covid-19 ketika Ramadan

Hantaran Istana Alam Shah di Facebook pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta rakyat negeri ini tidak gusar mengambil suntikan vaksin Covid-19 ketika berpuasa di bulan Ramadan seperti yang digariskan dalam inti pati khutbah Jumaat di seluruh Selangor pada Jumaat.

Istana Alam Shah dalam satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Jumaat menyatakan, Sultan Sharafuddin mengingatkan rakyat agar menerima saranan pihak kerajaan dengan mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera dan SeLangkah, serta lain-lain cara bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

“Perkara itu diperhalusi dan dibincangkan untuk menetapkan hukum keharusannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-118 pada 16 hingga 17 Februari 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 9 Mac 2021,” titah baginda pada Jumaat.

Dalam pada itu, baginda turut memanjatkan doa agar rakyat di negeri Selangor terus dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta penularan wabak Covid-19.

“Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba ALLAH yang bersabar ketika menempuh segala penyakit yang menimpa, berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu untuk memerangi Covid-19 demi keselamatan diri serta masyarakat.

“Semoga ia dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri segera.

“Yakinlah di sebalik setiap kegelapan itu, pasti ada cahaya yang akan menerangi kehidupan,” titah baginda.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!