Kilang kereta mewah bakal dibangunkan di Malaysia

Mohamed Azmin Ali - Foto Bernama
Mohamed Azmin Ali - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia sekali lagi menjadi destinasi tumpuan pelaburan berteknologi tinggi apabila bakal menerima pelaburan daripada sebuah syarikat asing untuk pengeluaran kereta mewah tidak lama lagi.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengumumkan nama syarikat itu walaupun ia telah bersetuju untuk membuka kilang pertamanya di luar negara iaitu Malaysia.

“Ini adalah mengenai kejuruteraan tepat, maknanya pembuat kereta antara yang termahal di dunia akan berada di Malaysia," katanya ketika sesi soal jawab pada Majlis Rapat Malaysia Prihatin peringkat Negeri Selangor di sini pada Jumaat.

"Ada dalam kalangan negara ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan mereka mampu menarik pelaburan yang berbentuk intensif buruh tetapi Malaysia tidak boleh berbuat begitu.

“Maka, kita mesti memastikan modal insan kita mempunyai kemahiran teknologi berkualiti tinggi untuk maju ke depan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: