'Sayangi diri anda sebab anda sememangnya cantik, tampan'

Status di FB berkenaan turut dikongsi Tunku Ismail dalam akaun Twitter miliknya.
Status di FB berkenaan turut dikongsi Tunku Ismail dalam akaun Twitter miliknya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi menyatakan pendirian terhadap perkhidmatan dan produk tidak berlesen yang terdapat banyak di pasaran termasuk dijual secara dalam talian.

Tunku Ismail bukan sahaja menasihatkan supaya orang ramai tidak sesekali menggunakan perkhidmatan atau produk berkenaan demi keselamatan dan kesihatan, malah turut memberi peringatan elak menjadi mangsa.

"Pada 9 November 2018 lalu, saya telah berkongsi mengenai produk pemutihan kulit dan obsesi orang ramai terhadap penggunaan produk-produk tersebut. Saya menasihatkan agar khalayak ramai berhenti membeli produk-produk ini dan berbangga dengan diri sendiri tidak kira apa warna kulit anda.

"Dan tidak lama dahulu, saya turut terbaca satu berita mengenai wajah seorang wanita yang melecur tahap tiga kerana menggunakan perkhidmatan ‘mobile spa’ (spa bergerak)," katanya dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Menurutnya, perkhidmatan spa tanpa lesen dilihat semakin berleluasa berikutan orang ramai semakin obses dengan kecantikan paras muka.

"Saya juga kecewa kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan membelakangkan keselamatan dan kesihatan orang ramai.

"Tidak salah jika kita mahu menjaga rupa dan kecantikan tetapi ingat bahawa keselamatan dan kesihatan adalah lebih penting. Elakkan menjadi mangsa, Sayangi diri anda sebab anda sememangnya cantik dan tampan," katanya.

Artikel Berkaitan: