Kerajaan terus beri sokongan kepada usahawan wanita: Rina

Pelancaran Program eKelas Usahawan di Shah Alam pada Jumaat.
Pelancaran Program eKelas Usahawan di Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada usahawan wanita dengan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kerajaan menyedari bahawa wanita yang diperkasakan secara kewangan adalah amat penting untuk pembangunan negara dan ekonomi.

“Era digitalisasi ini akan membuka peluang untuk kita menjadikan komitmen ini suatu realiti.

“Saya gembira melihat komitmen tenaga sumber daya Maxis untuk menyokong usahawan wanita melalui eKelas Usahawan,” katanya ketika berucap merasmikan program eKelas Usahawandi sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga berharap wanita menceburi dalam bidang keusahawanan ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

“Ramai wanita yang terkesan dan hilang pekerjaan serta diberhentikan kerja dan memerlukan pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

“Jadi dengan adanya program sebegini mereka dapat menjana pendapatan tanpa perlu meninggalkan rumah mereka melalui komitmen dan usaha daripada suri rumah.

“Saya lihat usaha Maxis menjalankan bengkel pemasaran digital ini satu inisiatif yang sangat baik, jadi saya teruja dengan program ini yang membantu wanita melalui inovasi sosial dan kebajikan produktif,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sidang akhbar eKelas Usahawan Wanita di Shah Alam pada Jumaat.
Sidang akhbar eKelas Usahawan Wanita di Shah Alam pada Jumaat.

Rina juga berharap kerajaan akan terus mengikut rapat agar program ini dapat dilaksanakan terus kepada rakyat agar ramai dapat keluar daripada kemiskinan dengan ‘From Zero to Heroin’.

Program tersebut turut dihadiri Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda, serta Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut.

Sementara itu, Gokhan berkata, projek tersebut untuk memperkasakan usahawan wanita daripada masyarakat luar bandar dengan memperluaskan penggunaan digital.

Tambah beliau, program tersebut merangkumi bengkel pemasaran digital menerusi pendekatan praktikal yang melengkapkan peserta dengan alat dan kemahiran digital yang mampu mengembangkan perniagaan dan pendapatan mereka.

“Inisiatif ini didorong oleh semangat untuk menyokong pendidikan dan tujuan Maxis dalam membawa teknologi terbaik membantu rakyat untuk terus menerajui dunia yang maju.

“Kami akan terus mengembangkan usaha untuk terus menyokong komuniti dan mendorong penggunaan digital terutama dalam kalangan usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Selain itu, Maxis telah mengadakan bengkel pemasaran digital di beberapa negeri sejak beberapa tahun lalu sebagai projek perintis.

Maxis menjalankan bengkel pemasaran digital.
Maxis menjalankan bengkel pemasaran digital.

Projek tersebut telah mendapat sambutan yang positif daripada wanita dan memutuskan untuk melancarkan eKelas Usahawan khusus buat wanita.

Maxis mengunjurkan 300 peserta bagi 10 sesi kelas tersebut bagi tahun ini.

Sehubungan itu, Maxis juga berharap kejayaan peserta akan memberi kesan yang positif dan memberi inspirasi kepada lebih banyak usahawan wanita kerana wanita mempunyai peranan penting dalam ekonomi negara.