Terima dana luar boleh ancam negara: Pas

Tuan Ibrahim (kiri) ketika diminta mengulas isu RM90 juta, malam tadi.
Tuan Ibrahim (kiri) ketika diminta mengulas isu RM90 juta, malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Terima dana dari negara luar yang tiada hubungan diplomat dengan Malaysia boleh mendatangkan ancaman kepada negara, demikian menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, tetapi ia seolah-olah perkara biasa, dan yang menjadi topik hangat adalah isu RM90 juta yang sudah ternyata fitnah dan bohong.

"Negara terbuka kepada ancaman kepada negara kerana wujud campur tangan pihak luar.

“Jika benar ada parti politik terima dana asing, siasatan perlu dijalankan segera,” katanya, selepas Program Murabbi Ummah di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Beliau berkata, sepatutnya yang menjadi tumpuan adalah dakwaan DAP menerima dana asing dipercayai Israel.

"Walaupun terbukti isu dana RM90 juta itu bohongan dan fitnah, namun ia menjadi isu hangat sehingga menenggelamkan isu DAP yang terima dana asing.

"Masyarakat lebih tertarik untuk mengulas isu Pas berbanding dana politik asing yang diterima parti lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gesa SPRM siasat isu dana DAP

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Pas desak siasat dakwaan DAP terima dana asing

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya Pas, DAP pun perlu disiasat, kata Mohd Amar

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat DAP berhubung penerimaan dana daripada luar negara.

Beliau berkata, sebelum ini ada individu mendakwa DAP dikatakan menerima RM1.2 bilion dana dari Israel, sedangkan Israel adalah negara asing daripada kerjasama antarabangsa dengan Malaysia.

Beliau berkata, International Republican Institute (IRI) juga ada membuat kenyataan sebelum ini di mana mereka telah lebih 10 tahun bersama pembangkang.