Webinar Bangkit Wanita terima sambutan hangat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sambutan di luar jangkaan dua daripada lima webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah anjuran Mingguan Wanita yang berlangsung secara Live di FB Mingguan Wanita baru-baru ini adalah bukti bahawa ramai kaum wanita berhasrat menambah pendapatan keluarga yang terjejas sepanjang pandemik Covid19

Ternyata keprihatinan Mingguan Wanita dengan inisiatif mengadakan webinar secara percuma ini sedikit sebanyak dapat menunjukkan jalan kepada mereka yang terjejas. Webinar yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu daripada program utama kempen Bangkit Wanita dengan tagline langkah yakin lakar kejayaan bagi membantu para wanita menimba ilmu berniaga dari rumah.

Webinar pertama berlangsung pada 12 Mac 2021 lalu iaitu Senang-senang Buat Duit Bisnes Bakeri Dari Rumah oleh pengusaha bakeri iaitu Nik Roslin Nik Men dan yang kedua iaitu Buat Part Time Bisnes Aiskrim Jana Pendapatan RM5k! oleh Chef Afiq Li telah mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Perkongsian eksklusif selok belok memulakan perniagaan dari rumah oleh speaker jemputan ternyata amat berbaloi kerana peserta mendapat ilmu-ilmu berniaga yang sukar diperoleh di mana-mana sekalipun secara langsung malah mereka boleh bertanyakan soalan terus kepada speaker. Dengan cara ini banyak persoalan dan kemusykilan terjawab.

Webinar ketiga yang berlangsung pada 26 Mac 2021 seterusnya diikuti pula webinar Capai 4 Angka Bisnes Mobile Spa dan yang terakhir Tak Susah Pun Buat Duit Kencang Bisnes Di Shopee juga dijangka bangkal mendapat sambutan luar biasa kerana ia adalah perniagaan yang sememangnya bertepatan dengan kehendak pasaran.

Webinar disusun atur bagi memberi peluang kepada wanita dari golongan B20 dan M40 mendekatkan diri dengan dunia perniagaan yang mana kini terbukti ramai yang berjaya melakar kejayaan dari bisnes kecil dari rumah.

Apabila anda tiada pengalaman, jangan risikokan diri dengan teraba-raba dan tertanya-tanya adakah betul bisnes yang diusahakan itu. Dapatkan dahulu maklumat, ilmu dan mengetahui pengalaman ahli yang telah berkecimpung lama dalam perniagaan kecil-kecilan dari rumah dan seterusnya melakar sukses.

Melalui Webinar Bangkit Wanita ini peserta akan tahu banyak perkara tentang memula dan menguruskan perniagaan dari rumah, antaranya;

Artikel Berkaitan:

  • Mengenali perniagaan yang ingin diusahakan dengan lebih dekat sebagai pengenalan awal.
  • Mencedok sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman memulakan bisnes daripada mereka yang berpengalaman. Pengalaman mereka itu adalah ilmu berharga. Ia dapat membantu anda tidak melakukan kesilapan serupa kelak.
  • Mengetahui tip dan trik selok belok perniagaan kecil-kecilan ini.
  • Didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi kelancaran operasi perniagaan
  • Ilmu pengurusan perniagaan lebih tersusun kemas dengan strategi yang betul
  • Bagaimana memasarkan produk atau servis perniagaan turut dijelaskan

Webinar yang dirangka khusus ini dianjurkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua dan wanita khasnya. Ini adalah sebagai satu tanda sokongan moral kami kepada semua wanita yang terjejas di waktu pandemik ini

Untuk penyertaan webinar, sila hubungi urusetia di talian: 0196328758 ATAU terus mendaftar di toko.ideaktiv.com

Bagi yang tidak dapat mengikuti siaran secara Live di FB Mingguan Wanita, anda boleh klik pada pautan ini: https://www.facebook.com/mingguanwanita/videos/465300021273810