X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Banjir di Kuantan makin pulih

A
A

KUANTAN- Keadaan banjir yang melanda daerah ini sejak Rabu makin pulih apabila bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) kini semakin berkurangan pada tengahari berbanding pagi pada Jumaat.

Berdasarkan portal Info Banjir JKM, jumlah mangsa yang masih berada di PPS kini seramai 117 orang daripada 35 keluarga yang terjejas sehingga jam 3.30 petang berbanding 249 mangsa daripada 74 keluarga pada pagi.

PPS yang masih dibuka ialah Dewan Orang Ramai Mat Kilau (enam mangsa, satu keluarga), Balai Raya Bukit Kuin 1 (lapan mangsa, dua keluarga) dan Balai Raya Kampung Tiram (103 mangsa,32 keluarga).

PPS di Dewan KRT Taman Murni, Sungai Isap yang sebelum ini menempatkan 59 mangsa daripada 14 keluarga ditutup selepas mereka yang dipindahkan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak Selasa.

Selain itu, puluhan rumah turut terjejas akibat dilanda ribut terutama di kawasan Beserah dan Balok.

Kejadian terbaharu banjir pada petang Khamis melibatkan Kampung Balok dan Taman Balok Baru menjejaskan 70 keluarga apabila bahagian atap rumah mereka rosak dan tercabut diterbangkan angin.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!