Suspek cuba langgar polis diberkas

Gambar kecil: Nik Ezanee Mohd Faisal
Gambar kecil: Nik Ezanee Mohd Faisal
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang meloloskan diri setelah merempuh kenderaan polis yang cuba menahannya dalam kejadian di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) Khamis lalu berjaya diberkas pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berjaya diberkas di sebuah rumah di Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

"Ketika serbuan dijalankan, suspek berumur 27 tahun itu didapati bersembunyi di belakang rumah tersebut sebelum berjaya diberkas polis kira-kira jam 8.30 malam.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod berkaitan kes dadah dan empat kes jenayah lampau," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tembak tayar kereta suspek cuba rempuh MPV polis

Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dengan kes yang sedang disiasat.

"Suspek ditahan empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, seorang lelaki bertindak nekad dengan merempuh kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), pada Khamis.

Suspek yang menaiki kereta jenis Proton Satria itu dikejar anggota polis dari Balai Polis Damansara ketika di Jalan Anggerik Kampung Sungai Kayu Ara.

Siasatan dijalankan mendapati suspek terlibat dalam kegiatan jenayah tersebut di sekitar kawasan Damansara, Petaling Jaya.