Penemuan dua mayat tak sempurna: Polis tunggu keputusan DNA

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Polis masih menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di tepi sungai di Desa Coalfields, Sungai Buloh, 26 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya telah mengambil sampel darah individu yang dipercayai mempunyai pertalian darah kedua-dua mangsa bagi mengenal pasti identiti mereka.

Menurutnya, sampel darah telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Selain itu, kita juga telah mengambil cap jari kedua-dua mangsa bagi mengenal pasti identiti kedua-dua mayat itu.

"Dijangka keputusan ujian analisis ini akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media Majlis Penganugerahan Ops Selamat Ke-14 Tahun Baharu Cina di Persada Plus, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias dan Pengarah Plus Urusan Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.

Terdahulu, Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Republik Indonesia (POLRI), Brigidier Jeneral Dedi Prasetyo mengesahkan salah seorang daripada dua mayat yang ditemukan dikenal pasti sebagai Nuryanto iaitu seorang ahli perniagaan tekstil.

Pada 26 Januari lalu, mayat dua lelaki dan perempuan tanpa identiti ditemukan berhampiran sungai di kawasan kelapa sawit serta satu plastik dipercayai mengandungi kepala, tangan dan kaki yang turut ditemui di lokasi kejadian dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Susulan itu, dua lelaki warga asing berusia telah ditahan dan kini direman sehingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan," katanya.