KPT sasar 10,000 usahawan pelajar dengan kerjasama Tekun tahun ini

Mansor Othman
Mansor Othman
A
A
A

NILAI - Seramai 10,000 usahawan pelajar daripada universiti awam dan kolej komuniti disasarkan menerima peruntukan sebanyak RM20 juta, menerusi pelaksanaan Kementerian Pengajian Tinggi-Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mansor Othman berkata, usaha itu untuk memastikan pelajar tidak bergantung dengan pekerjaan sedia ada setelah tamat pengajian, sebaliknya mencipta peluang pekerjaan.

“Fokus KPT adalah kebolehpasaran graduan terutama dengan permohonan keusahawanan. Selain berkerjasama dengan Tekun, kementerian turut berkerjasama dengan industri lain bagi mengembangkan bakat usahawan dalam kalangan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan di Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM) di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Dalam paDa itu, Mansor berkata, menerusi peruntukan tersebut, setiap pelajar boleh memohon pinjaman RM5,000.

Beliau turut melawat projek ‘prosumerisme’ program tanaman nanas MD2 yang dilakukan oleh Pusat Sukan USIM, yang mengusahakan kawasan terbiar di sekitar Kompleks Sukan Tunku Najihah pada Februari tahun lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: