Southgate dapat bayangan skuad Euro 2020

Kesebelasan England meraikan kemenangan
Kesebelasan England meraikan kemenangan
A
A
A

KEMENANGAN 5-0 England ke atas Andorra pada aksi Kelayakan Piala Dunia Kumpulan I di Wembley pada awal pagi Jumaat seakan memberikan bayangan buat Gareth Southgate mengenai kesebelasan kemungkinan bagi aksi Euro 2021 berdepan Croatia yang dijadualkan berlangsung 14 Jun, depan.

Bagaimanapun katanya, kesebelasan pemain masih perlu meningkatkan prestasi masing-masing mulai hari ini sehingga Jun depan dalam usaha merebut slot bersama skuad The Three Lions itu.

“Jika ditanya apakah saya sudah memiliki kesebelasan terbaik sekiranya Euro 2020 dijadualkan berlangsung esok, saya akan menjawab, ya.

“Tetapi, dalam setiap perlawanan yang diharungi, setiap peluang beraksi, pemain masih berpeluang, keputusan itu masih boleh berubah kerana kita ada saingan yang baik bagi merebut slot dalam pasukan ketika ini.

“Kita juga ada pemain muda seperti Jude (Bellingham) serta Ollie Watkins yang berjaya menjaringkan gol dan ini satu perkembangan yang baik buat pasukan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, James Ward-Prowse membuka jaringan pada minit ke-14 sebelum Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol kedua pada minit ke-21 sebelum Raheem Sterling menjaringkan gol ketiga England pada minit ke-31.

Calvert-Lewin kemudiannya menjaringkan gol ketiga yang juga gol kedua peribadinya pada minit ke-53 dan bintang Aston Villa, Ollie Watkins menjaringkan gol kelima pada minit ke-83.

Sementara itu Southgate nyata gembira dengan kejayaan skuad kendaliannya itu membenam San Marino 5-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia Kumpulan I di Wembley pada awal pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Menurut Southgate biarpun sekadar berdepan dengan pasukan yang berada pada kedudukan tercorot (210) pada ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) ketika ini, Southgate berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan kesebelasan pemain skuad The Three Lions.

“Saya gembira dengan kemenangan ini terutamanya apabila menyaksikan kesemua pemain dilihat ‘lapar’ untuk beraksi dan mencatatkan kemenangan.

“Untuk menjadi pasukan terbaik, persembahan seperti ini perlu diteruskan setiap hari termasuk pada sesi latihan pasukan dan pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.