Enam pemancing hilang ditemukan selamat

Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pemancing termasuk seorang tekong yang hilang sejak Isnin lalu.
Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pemancing termasuk seorang tekong yang hilang sejak Isnin lalu.
A
A
A

KEMAMAN - Enam pemancing termasuk dua remaja yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar memancing sejak Isnin lalu dengan menaiki sebuah bot kayu akhirnya ditemui selamat di perairan Pahang oleh bot nelayan tempatan, pada pagi Jumaat.

Komander Zon Maritim Malaysia Kemaman, Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot pemancing tersebut kini sedang ditunda masuk ke jeti Kuantan, Pahang oleh bot nelayan yang menjumpai bot mereka.

"Bot berkenaan akan terus ditunda masuk ke jeti zon Maritim Kemaman yang dijangka tiba kira-kira jam 1 petang nanti.

"Setakat ini, pihak kami difahamkan kesemua nelayan termasuk seorang tekong dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam pemancing dikhuatiri hilang di laut

Bot enam pemancing mungkin hanyut ke arah selatan

Artikel Berkaitan:

Rashidilhadi berkata, berdasarkan maklumat awal, salah seorang daripada mangsa memaklumkan bot dinaiki mengalami kerosakan iaitu kipas enjin tercabut lalu menyebabkan bot mereka hanyut.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut dan kita masih menunggu mereka sampai ke darat untuk diambil sedikit kenyataan," katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, enam pemancing termasuk tekong iaitu Mohamad Hafizrul Hisyam Zakaria, 29; Mohamad Shamrin Suhaimi, 19; Muhamad Hazim Luqman Zakaria,19; Rosidi Mohamad, 22; Mohamad Shahrul Ainmie Abdullah, 19; dan Mohamad Zukarnain Mohamat Nor, 20, dilaporkan tidak pulang selepas mereka keluar ke laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Naluri saya merasakan Angah masih hidup: Ibu

Ops SAR enam pemancing: Maritim mohon bantuan Indonesia, Vietnam