X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis rampas daging kambing import lebih RM56,000

Daging kambing import yang dirampas Maqis di kawasan pemeriksaan Maqis, Kargo KLIA.
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas daging kambing segar yang diimport dari Australia bernilai RM56, 614.70 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, rampasan seberat 1,160 kilogram itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan pada jam 11 pagi di kawasan pemeriksaan Maqis, Kargo KLIA.

Katanya, kesalahan dikesan ketika pemeriksaan fizikal dilakukan iaitu tiada logo halal pada pembungkusan daging tersebut.

"Pengimporatan daging berkenaan tidak mematuhi syarat permit Import yang sah dikeluarkan oleh Maqis.

"Kesemua daging kambing tersebut ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!