Mahkamah Kota Bharu siap April 2020

Baru Bian semasa melakukan lawatan ke tapak projek di Tunjong, di sini.
Baru Bian semasa melakukan lawatan ke tapak projek di Tunjong, di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kemajuan reka bina Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Bandar Baru Tunjong memberi impak positif apabila mencapai 90.04 peratus siap mendahului jadual iaitu 44 peratus.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, mengikut kemajuan fizikal sehingga 27 Januari tahun ini, projek tersebut mendahului jadual sebanyak 537 hari atau 46.04 peratus.

"Kewangan juga mencatatkan pencapaian perbelanjaan sebanyak 87.90 peratus berbanding jadual 42.50 peratus.

"Ini adalah satu perkara luar biasa dan saya percaya, ia berlaku disebabkan beberapa faktor dan salah satunya ialah fokus terhadap sesuatu pembinaan tersebut," katanya kepada media di sini.

Beliau meluangkan masa hampir sejam di tapak pembinaan projek tersebut dalam rangka Siri Jelajah FTRoadPedia Zon Timur 2.0 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 Februari.

Rombongan akan melalui jalan persekutuan melibatkan tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Artikel Berkaitan: