X

Kindly register in order to view this article
!

Penghantaran bekalan ke rantau ini mungkin jejas: Ye Kung

Gambar hiasan
A
A

SINGAPURA - Bekalan barangan, khususnya dari Eropah ke rantau ini mungkin terjejas buat sementara waktu berikutan insiden sebuah kapal kontena sepanjang 400 meter yang telah terkandas di Terusan Suez, kata Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung.

"Halangan yang berlanjutan ini, akan menyebabkan beberapa pengeluaran inventori terjejas. Insiden itu menghalang kapal daripada berlayar ke sekitar benua Afrika - Tanjung Harapan - dan seterusnya ke Asia. Tempoh perjalanan akan bertambah antara seminggu atau dua minggu,” katanya dalam catatan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya.

Sekiranya gangguan itu berterusan, Ye Kung berkata, PSA, pengendali pelabuhan Singapura, menjangkakan berlaku kelewatan setelah syarikat perkapalan mengubah jadual perjalanan kapal mereka.

"Mereka harus merancang lebih awal dan memastikan operasi tetap berjalan lancar," katanya.

Ye Kung dalam catatannya itu memaklumkan kapal kontena berkenaan tersadai di Terusan Suez akibat ribut yang berlaku sehingga menyebabkan kesesakkan di laluan perdagangan perkapalan yang terpenting di dunia dengan ia menjadi laluan kepada kira-kira 10 peratus pedagangan antarabangsa.

Berbeza dengan Selat Melaka dan Singapura, menteri itu berkata, perairan ini menyediakan laluan untuk kira-kira satu pertiga daripada perdagangan laut global.

"Jika anda melihat pada peta dunia, anda akan menyedari bahawa kedua-duanya saling berkait, menghubungkan Eropah, Timur Tengah dan Asia," katanya.

Ye Kung menyifatkan bahawa sekatan yang berlaku di Terusan Suez itu umpama sebatang pokok besar yang tumbang di Lebuhraya Utama Singapura (CTE) dan telah menyebabkan kesesakan di setiap lebuh raya yang dihubungkan dengan CTE.

"Ini merupakan satu lagi insiden yang menggambarkan mengenai bagaimana dunia kini saling berkaitan," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!