X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah terbakar: Dua beranak sempat selamatkan diri

Pasukan bomba tiba di lokasi.
A
A

SEREMBAN - Dua beranak sempat menyelamatkan diri sebelum kediaman mereka di Apartment Dahlia Garden Avenue, dekat sini, musnah dalam kebakaran pada malam Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian melibatkan sebuah rumah di tingkat tiga.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.10 malam.

" Seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bersama dua jentera diarah ke lokasi," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Keadaan kebakaran yang dirakam oleh orang awam.
Keadaan kebakaran yang dirakam oleh orang awam.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi, rumah berkeluasan 20x40 sedang marak terbakar dan api dapat dipadam sepenuhnya kira-kira jam 8.19 malam.

"Kebakaran itu memusnahkan 80 peratus rumah berkenaan dan berdasarkan maklumat awal, terdapat dua mangsa di dalam rumah iaitu seorang ibu bersama anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

"Dua beranak itu bagaimana pun berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!