249 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS di Kuantan

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Pandan 2 di sini selepas banjir melanda kawasan itu pada Rabu. - Foto Ihsan JBPM Pahang)
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Pandan 2 di sini selepas banjir melanda kawasan itu pada Rabu. - Foto Ihsan JBPM Pahang)
A
A
A

KUANTAN - Seramai 249 mangsa banjir kini berada di lima pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini sehingga jam 8 pagi pada Jumaat.

Berdasarkan portal Info Banjir JKM, mangsa yang dipindahkan melibatkan 74 keluarga.

PPS terlibat Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1 menempatkan 73 mangsa daripada 23 keluarga, Dewan Orang Ramai Mat Kilau (enam mangsa, satu keluarga), Balai Raya Bukit Kuin 1 (lapan mangsa, dua keluarga), Balai Raya Kampung Tiram (103 mangsa,32 keluarga) dan Dewan KRT Taman Murni, Sungai Isap (59 mangsa, 14 keluarga).

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Pandan 2 di sini selepas banjir melanda kawasan itu pada Rabu. - Foto Ihsan JBPM Pahang)
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Pandan 2 di sini selepas banjir melanda kawasan itu pada Rabu. - Foto Ihsan JBPM Pahang)

Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak Selasa.

Selain itu, puluhan rumah turut terjejas akibat dilanda ribut terutama di kawasan Beserah dan Balok.

Kejadian terbaharu pada petang Khamis melibatkan Kampung Balok dan Taman Balok Baru menjejaskan 70 keluarga apabila bahagian atap rumah mereka rosak dan tercabut diterbangkan angin.