SPRM lancar bilik gerakan PRK Semenyih

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa pada PRK DUN Semenyih.

SPRM dalam kenyataan berkata, bilik gerakan berkenaan akan beroperasi 24 jam dan ditempatkan di tingkat bawah, Menara Majlis Perbandaran Kajang, Jalan Cempaka, Jalan Semenyih, dekat sini.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada prksemenyih@sprm.gov.my atau menghubungi talian 016-988 0782 atau 03-5525 6500, faks 03-5525 6514,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada PH, Bakhtiar Mohd Nor akibat serangan jantung pada 11 Januari lepas.

Penamaan calon PRK Semenyih ditetapkan esok, manakala hari mengundi awal 26 Februari dan pengundian pada 2 Mac.

PRK ini adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, Selangor menyaksikan penentuan di tiga PRK iaitu bagi DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. - Bernama

Artikel Berkaitan: