Perokok tegar kembali berani

KKM menerima sebanyak 12,447 aduan kesalahan merokok di tempat makan di seluruh negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tahun 2020. Gambar kecil: Dr Noor Hisham
KKM menerima sebanyak 12,447 aduan kesalahan merokok di tempat makan di seluruh negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tahun 2020. Gambar kecil: Dr Noor Hisham
A
A
A

[LAPORAN KHAS] PEROKOK tegar didapati semakin berani melanggar peraturan merokok di kedai makan dan restoran kerana tindakan penguatkuasaan yang rendah pada ketika ini.

Ini berikutan tumpuan penuh terpaksa diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melawan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan aduan tertinggi sepanjang tahun lalu.

“Sememangnya penguatkuasaan kurang dijalankan memadangkan situasi Covid-19 yang tinggi di kedua-dua kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, sebanyak 4,329 aduan diterima di Selangor manakala 2,251 di Kuala Lumpur.

“Sebanyak 10,644 premis telah diperiksa dan 1,546 notis dikeluarkan di Selangor sementara KKM memeriksa 4,536 premis di Kuala Lumpur dengan 322 notis dikeluarkan,” kata beliau lagi.

Sungguhpun begitu, Dr Noor Hisham berkata, aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam terutama tempat makan sememang diteruskan.

“Bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tahun 2020, pihak KKM telah menerima sebanyak 12,447 aduan kesalahan merokok di tempat makan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

“Bertindak daripada itu, sebanyak 168,891 buah premis telah diperiksa dan 13,615 notis kesalahan telah dikeluarkan” katanya.

Statistik tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan merokok bagi tahun 2020.
Statistik tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan merokok bagi tahun 2020.