X

Kindly register in order to view this article
!

GBM sokong Rasuah Busters

Jeffrey Phang (dua dari kiri), May Leong (tiga dari kiri), Badlishah (empat dari kiri) bersama Hussamuddin (tiga dari kanan) di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
A
A

GABUNGAN Bertindak Malaysia (GBM) yang dianggotai 27 organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong penuh kempen Rasuah Busters bagi mencegah dan membanteras rasuah di negara ini.

Pengerusi GBM, Badlishah Sham Baharin berkata, pihaknya teruja untuk menjayakan kempen dikenali sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa itu bermula di peringkat akar umbi untuk masa depan negara yang bersih dan generasi berintegriti tinggi.

Menurutnya, bukan sekadar membanteras rasuah namun kempen tersebut merupakan satu gerakan reformasi moral untuk mengubah sistem nilai masyarakat.

Badlishah Sham Baharin
Badlishah Sham Baharin

“GBM sebulat suara setuju untuk sokong kempen ini. Sebab kami rasakan kempen ini sangat baik untuk mengubah landskap di negara kita terutama dalam bentuk gerakan sosial banteras rasuah.

“Kami rasa sangat teruja sebab antara perkara yang perlu perbaiki dalam masyarakat ialah satu bentuk sistem nilai yang boleh mendorong seseorang itu untuk lakukan kebaikan, bukannya kehancuran.

“GBM terdiri daripada 27 organisasi akan bersama-sama menyokong kempen ini,” katanya selepas pertemuan dengan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco GBM, May Leong; Presiden Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ), Jeffrey Phang dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff.

Berhubung penglibatan kerjasama dalam kempen tersebut, Badlishah berkata, pihaknya akan bermula dengan gerakan suara menentang gejala rasuah dalam bentuk video melibatkan empat golongan sasar iaitu akar umbi, pemuda, korporat dan masyarakat pelbagai etnik.

Sementara itu, Jeffrey yang turut memberi sokongan terhadap kempen berkenaan menegaskan, setiap masalah pasti ada penyelesaian termasuk gejala rasuah.

“Kami akan beri sokongan penuh,” ujarnya.

1. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

2. Merdeka University Bhd (MUB)

3. Tamil Foundation Malaysia (TF)

4. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

5. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)

6. LLG Cultural Development Centre (LLG)

7. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

8. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu Hua)

9. Tindak Malaysia (TM)

10. Engage

11. Islamic Renaissance Front (IRF)

12. The Federation & Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (FAATUM)

13. All Women’s Action Society (Awam)

14. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)

15. Anak Muda Sarawak (AMS)

16. Muslim Professionals Forum (MPF)

17. Partners in Community Organising (Pacos Trust, Sabah)

18. Penang Chinese Town Hall (PCTH)

19. Pusat KOMAS (KOMAS)

20. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)

21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

22. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

23. The Federation of Chinese Association Johore State (FCAJ)

24. Monsoons Malaysia (MM)

25. Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)

26. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)

27. Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ)

Senarai NGO menganggotai GBM


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!