X

Kindly register in order to view this article
!

Kartel dalam PDRM: Masih terlalu awal tubuh RCI

Ismail (kiri) meletakkan abu kertas yang dilupuskan ke dalam acuan disediakan ketika kunjungan dan demonstrasi pembakaran dan pelupusan bahan serta teks al-Quran sempena program tersebut.
A
A

JERANTUT - Masih terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, walaupun terdapat desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun situasi tersebut masih dalam keadaan terkawal selain jumlah mereka yang terlibat belum diketahui setakat ini.

"Jika ada asas pada dakwaan itu, ia boleh dibawa ke Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) bagi mereka yang berpangkat tinggi dan lain-lain pangkat rendah ke Jabatan Intergriti.

"Saya percaya dakwaan KPN itu kalau ada asasnya boleh dibawa ke Mesyuarat SPP," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Kampung Temin di sini pada Khamis.

Selain kartel, KPN turut mendakwa terdapat gerakan dalaman pegawai muda PDRM untuk menjatuhkan beliau.

Mengulas program tersebut, Ismail memberitahu ia salah satu usaha kementerian turun padang untuk menjelaskan dasar kerajaan iaitu untuk menjaga kesihatan serta nyawa rakyat berikutan kewujudan Ordinan Darurat.

Ujarnya, ia berikutan terdapat pelbagai dakwaan negatif terhadap ordinan tersebut.

"Sebab itu kita turun padang kerana ada salah faham selain menyebar berita palsu dan menimbulkan keresahan rakyat," jelasnya.

Dalam program tersebut, beliau turut melihat demonstrasi pembakaran dan pelupusan bahan atau teks al-Quran di Pusat Pemuliaan al-Quran Kampung Temin berhampiran masjid tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] 'Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya'

Individu terlibat kuasai kartel PDRM dikenal pasti: KPN

Tiada keperluan lapor SPRM isu kartel PDRM: KPN


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!