X

Kindly register in order to view this article
!

Taklimat dalam talian percuma pendidikan China untuk pelajar Malaysia

Peking University merupakan antara 10 buah universiti di China yang akan terlibat dalam taklimat Pendidikan Antarabangsa HSK kali ini. - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Peperiksaan HSK China akan menganjurkan taklimat Pendidikan Antarabangsa HSK untuk memperkenalkan institusi pengajian tinggi yang termasyhur di China kepada pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pengajian dan pembelajaran di negara itu.

Program itu julung kalinya dianjurkan khas kepada pelajar bumiputera dan rakyat Malaysia amnya dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan dua hari taklimat dibuka secara percuma kepada pelajar Malaysia.

HSK, atau nama sepenuhnya Hanyu Shuiping Kaoshi boleh difahamkan sebagai Ujian Kefasihan Bahasa Cina merupakan ujian antarabangsa anjuran Ibu Pejabat Center For Language Education and Cooperation, sebuah agensi Kementerian Pendidikan negeri China yang ditujukan terutamanya kepada para pelajar atau sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan di negeri China.

Taklimat kali ini akan diadakan secara dalam talian pada 27 dan 28 Mac 2021, jam 2.30 petang hingga 5.30 petang setiap hari, 3 jam sehari.

Semua pelajar lepasan SPM atau sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke China dialu-alukan untuk mendaftar dan menghadiri taklimat pendidikan tersebut.

Antara 10 buah universiti di China yang akan terlibat dalam taklimat pendidikan kali ini termasuk Peking University, Renmin University of China, Beijing Institute of Technology, Beijing University of Posts and Telecommunications, Nankai University, Huazhong University of Science and Technology, Xi’an Jiaotong University, Duke Kunshan University, Shanghai International Studies University dan Wuhan University.

Kepada pelajar yang berminat untuk mendaftar atau mengetahui maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook atau laman sesawang HSK: http://bit.ly/HSKStudyinChina. Untuk keterangan yang selanjutnya, boleh hubungi di talian 0173824618.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!