Pas anggap rakaman suara Nik Abduh isu kecil

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

KOTA BHARU - Pas menganggap isu rakaman suara anggota jawatankuasa pusatnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung penerimaan dana daripada UMNO sebagai isu kecil.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, Pas menganggap isu dana RM90 juta yang didakwa diterima daripada UMNO itu telah selesai selepas semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun rasmi parti mendapati dana tersebut tidak wujud.

"Kami berterima kasih kepada SPRM yang membersihkan isu ini melalui siasatan, ternyata ia fitnah dan satu pembohongan kerana Pas tidak terlibat dengan isu ini.

ARTIKEL BERKENAAN: SPRM siasat kes Pas terima dana RM90 juta

"Begitu juga isu rakaman suara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, kita anggap ia isu kecil," katanya kepada pemberita selepas Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad lV, di malam tadi.

Sebelum ini, sebuah portal berita yang memetik sumber SPRM melaporkan siasatan badan itu mendapati tiada dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun rasmi Pas.

Laporan itu juga menyebut penemuan adalah hasil penelitian SPRM ke atas akaun bank Pas dalam siasatan berhubung dakwaan pemimpin parti berkenaan menerima RM90 juta daripada UMNO.

Nik Mohamad Abduh pula sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan beliau menafikan rakaman audio mendakwa dirinya menerima dana daripada Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum lalu kerana mahu menjaga reputasi partinya. - Bernama

Artikel Berkaitan: