Beberapa kawasan di Kuantan dilanda banjir

Laporan Sinar Harian mengenai lapan kedai di pinggir Sungai Tembeling di Kampung Bantal, Jerantut terjejas berikutan air sungai itu melimpah akibat hujan lebat pada Rabu.
Laporan Sinar Harian mengenai lapan kedai di pinggir Sungai Tembeling di Kampung Bantal, Jerantut terjejas berikutan air sungai itu melimpah akibat hujan lebat pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Hujan berterusan sejak dua hari lepas, mengakibatkan beberapa kawasan rendah di daerah ini dilanda banjir pada Khamis.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 114 mangsa daripada 39 keluarga kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) pada petang ini.

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1 menempatkan mangsa paling ramai iaitu 73 mangsa daripada 25 keluarga, diikuti Balai Raya Kampung Tiram (27 mangsa, 11 keluarga), Balai Raya Bukit Kuin 1 (lapan mangsa, dua keluarga) dan Dewan Orang Ramai Mat Kilau (enam mangsa, satu keluarga).

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya sudah menggerakkan bantuan segera menerusi agensi berkaitan untuk membantu mangsa banjir di daerah itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis, mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan di tiga daerah di Pahang termasuk Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, laman sesawang rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan tiga sungai di Pahang kini berada di paras amaran termasuk dua di Kuantan iaitu Sungai Belat di Sri Damai dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi selain Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Tembeling melimpah, lapan kedai dinaiki air

Artikel Berkaitan: