X

Kindly register in order to view this article
!

Sejam pujuk wanita cuba terjun pangsapuri

Wanita berusia 29 tahun berdiri di balkoni rumahnya berjaya diselamatkan anggota bomba.
A
A

MELAKA - Seorang wanita berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di pangsapuri Taman Pertam Jaya di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 1.10 petang, wanita berusia 29 tahun dilihat berdiri di luar balkoni rumahnya di tingkat enam dengan kedua-dua tangannya berpaut pada besi.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Alia berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi bising di luar rumah sebelum ternampak wanita berkenaan di luar balkoni.

Menurutnya, seorang lelaki dipercayai bekas suami mangsa juga dilihat beberapa kali menjerit ke arah mangsa selain meminta pertolongan.

"Suaminya kata ingat anak dan pada waktu itu beberapa penduduk cuba menenangkan wanita terbabit sebelum anggota polis dan bomba tiba," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.14 petang sebelum sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan Bukit Katil bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba dengan bantuan polis mengambil masa satu jam untuk memujuk mangsa.

"Anggota bomba juga terpaksa memecahkan pintu rumah mangsa kerana berkunci.

"Mangsa berjaya dipujuk dan selamat masuk semula ke dalam rumah pada jam 2.14 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!