Ringgit kekal lemah berbanding dolar AS

Ringgit diniagakan secara meluas lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit diniagakan secara meluas lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit Malaysia kekal lebih lemah berbanding dolar AS pada Khamis selepas diseret oleh sentimen positif terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu berikutan kebimbangan terhadap pemulihan pertumbuhan global termasuk sekatan berterusan di Eropah.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1440/1490 berbanding dolar US daripada 4.1290/1320 yang dicatatkan pada Rabu.

Menurut seorang peniaga, dolar AS meningkat kepada paras tertinggi hampir empat bulan selepas pelabur mencari mata wang selamat disebabkan oleh ketidakpastian di pasaran, termasuk kelewatan dalam penghantaran vaksin Covid-19 di beberapa bahagian di dunia.

"Kebimbangan terhadap potensi kenaikan cukai di AS susulan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen bahawa penyelarasan yang lebih tinggi pada masa akan datang mungkin diperlukan bagi membiayai projek infrastruktur dan pelaburan awam lain, sebahagiannya telah menyumbang kepada sentimen di pasaran," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan secara meluas lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0769/0813 daripada 3.0690/0719 tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7994/8050 daripada 3.8006/8037 pada Rabu.

Ringgit juga jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6777/6854 daripada 5.6687/6741 sebelum ini dan merosot berbanding euro kepada 4.8936/9012 daripada 4.8858/8910. - Bernama

Artikel Berkaitan: