Bursa Malaysia ditutup rendah

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A
BURSA Malaysia ditutup rendah pada urus niaga petang Khamis dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di bursa serantau yang lain.

Seorang peniaga berkata, sentimen pasaran sebahagian besarnya dijejaskan oleh kemerosotan ketara harga minyak mentah Brent selepas sebuah kapal terkandas dan menghalang laluan di Terusan Suez.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 4.67 mata kepada 1,597.73 mata berbanding 1,602.40 pada penutupan petang urus niaga Rabu.

Indeks utama dibuka 5.46 mata lebih tinggi pada 1,607.86 pagi ini dan selepas itu berlegar antara 1,594.33 dan 1,608.05 sepanjang urus niaga hari ini.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata insiden yang berlaku di Terusan Suez mencetuskan kebimbangan di pasaran, terutamanya berkaitan pengangkutan tangki minyak dari barat ke timur dan sebaliknya, begitu juga pergerakan kapal kontena.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 580 berbalas 429 sementara 469 kaunter tidak berubah, 754 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 6.01 bilion saham bernilai RM3.04 bilion daripada 6.95 bilion saham bernilai RM3.56 bilion pada Rabu.

Adam turut maklum di pasaran domestik, Sime Darby Plantation mendahului kaunter rugi dalam kalangan kaunter indeks FBM KLCI, menyusut 2.3 peratus.

“Berdasarkan sektoral, indeks teknologi paling kerugian, jatuh 1.2 peratus pada Khamis berikutan jualan besar-besaran dalam saham teknologi China kerana pelabur bimbang ia akan dinyahsenaraikan daripada bursa AS,” katanya kepada Bernama.
Artikel Berkaitan:


Saham paling kerugian dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank dan PBBank, masing-masing turun satu sen kepada RM8.23 dan RM4.17, PChem menyusut dua sen kepada RM8.05 dan Tenaga lebih rendah enam sen kepada RM10.76.

Bagi kaunter paling cergas, BJCorp menambah dua sen kepada 31 sen, DNex kerugian dua sen kepada 96 sen sementara warannya tidak berubah pada 34 sen, Fintec kekal pada tujuh sen dan Saudee jatuh 10 sen kepada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 17.44 mata kepada 11,736.35, FBMT 100 jatuh 19.83 mata kepada 11,409.61 dan FBM Emas Syariah lebih rendah sebanyak 21.74 mata kepada 13,041.60 dan FBM ACE susut 76.02 mata kepada 10,362.84.

Bagaimanapun, FBM 70 menokok 25.51 mata kepada 15,472.87.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 80.70 mata kepada 7,082.35 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 18.77 mata kepada 15,247.99 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.35 mata kepada 191.47.

Jumlah dagangan di pasaran utama turun kepada 3.83 bilion saham bernilai RM2.48 bilion daripada 4.05 bilion saham bernilai RM2.74 bilion semalam.

Perolehan waran merosot kepada 248.34 juta unit bernilai RM43.18 juta daripada 275.66 juta unit bernilai RM44.29 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 1.93 bilion saham bernilai RM516.15 juta berbanding 2.62 bilion saham bernilai RM774.44 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 716.62 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.13 bilion), pembinaan (167.54 juta), teknologi (513.29 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (61.37 juta), hartanah (416.48 juta), perladangan (26.70 juta), REIT (6.68 juta), dana tertutup (12,000), tenaga (479.64 juta), penjagaan kesihatan (41.27 juta), telekomunikasi dan media (48.80 juta), pengangkutan dan logistik (197.82 juta) dan utiliti (20.61 juta). - Bernama