Kes baharu Covid-19 melonjak, India henti sementara eksport vaksin

Negeri Maharashtra, Punjab, Kerala, Karnataka, Chhattisgarh dan Gujarat dilaporkan menyumbang 80 peratus daripada kes baharu.
Negeri Maharashtra, Punjab, Kerala, Karnataka, Chhattisgarh dan Gujarat dilaporkan menyumbang 80 peratus daripada kes baharu.
A
A
A

NEW DELHI - India pada Khamis melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam untuk tahun ini, ketika laporan menyebut negara itu menghentikan sementara eksport vaksin.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan, India mencatatkan 53,476 jangkitan baharu, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 11.8 juta.

India, negara ketiga paling teruk terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Negeri Maharashtra, Punjab, Kerala, Karnataka, Chhattisgarh dan Gujarat menyumbang 80 peratus daripada kes baharu.

Maharashtra, melaporkan kes baharu harian tertinggi iaitu sebanyak 31,855, dan merupakan wilayah paling teruk diancam wabak Covid-19.

Lebih 200 sampel dari Maharashtra dan New Delhi dikesan mempunyai varian baharu virus Covid-19.

Bagaimanapun, ahli epidemiologi menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan varian baharu itu dengan lonjakan kes.

Menerusi kempen vaksinasi menyaksikan lebih 53 juta dos vaksin telah disuntik dalam masa 68 hari.

Artikel Berkaitan:

Media tempatan melaporkan, India menghentikan sementara eksport vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca, dihasilkan Institut Serum India (SII) untuk menampung keperluan dalam negara. - Bernama