X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

Kalimah ALLAH: Pemuda Pas Selangor sokong kerajaan fail rayuan

Hanafi Zulkapli
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menyokong penuh langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia yang mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, rayuan itu membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) peduli dengan sensitiviti ummah dan memahami kegusaran umat Islam terhadap penyelewengan maksud bagi kalimah ALLAH jika ia dimasukkan ke dalam terjemahan dalam kitab Bible.

Menurutnya, Pas akan meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai isu itu supaya proses perbincangan dan diskusi bersama penganut bukan Islam dilakukan secara harmoni.

"Selain itu ia bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat pelbagai kaum supaya mereka memahami mengapa umat Islam tidak bersetuju bahawa kalimah ALLAH ini diguna pakai oleh penganut agama lain," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hanafi berkata, pihaknya turut menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung ketegasan baginda bagi mempertahankan kalimah ALLAH terhadap penganut agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal larangan guna kalimah ALLAH dalam Bible

"Kalimah ALLAH eksklusif bagi umat Islam dengan maksud yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan yang selayaknya.

"Polemik penggunaan isu kalimah ALLAH oleh penganut selain Islam berpanjangan sejak dahulu lagi dan bertambah kegusaran dalam kalangan umat Islam apabila keputusan terbaru Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH bagi terjemahan 'God' dalam kitab penerbitan agama mereka," katanya.

Justeru katanya, penggunaan kalimah ALLAH sewajarnya dikawal agar tidak membawa maksud yang tidak selayaknya kepada ALLAH.

Katanya, justifikasi kalimah ALLAH oleh penganut selain Islam adalah berbeza sama sekali apa yang diseru oleh Islam.

"Sebab itu, antara sebab turunnya surah al-Ikhlas ialah sekali gus mengeksklusifkan makna bagi kalimah ALLAH sekali pun kalimah itu sudah dimaklumi dan diguna pakai oleh masyarakat Arab dan kalangan ahli kitab," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan fail rayuan keputusan kes kalimah ALLAH

Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!