Sila log masuk terlebih dahulu.

Bank Rakyat rai 141 pemenang

Bank Rakyat meraikan 141 pemenang menerusi tiga kempen yang dianjurkannya selama tiga bulan dengan menawarkan hadiah bernilai RM300,000.
Bank Rakyat meraikan 141 pemenang menerusi tiga kempen yang dianjurkannya selama tiga bulan dengan menawarkan hadiah bernilai RM300,000.
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Rakyat telah meraikan 141 pemenang menerusi tiga kempen yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-66 bagi meraikan kesetiaan pelanggannya.

Tiga kempen yang dianjurkan buat julung kalinya adalah kempen untuk Anggota Bank Rakyat, Kempen Duit Berganda dan Kempen DuitNomNom dengan menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM300,000.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, ketiga-tiga kempen berkenaan dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada pelanggan setia Bank Rakyat dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Menurutnya, kempen yang berkonsepkan ‘Langgan dan Menang’ itu telah menarik lebih daripada 50,000 penyertaan pelanggan dari kategori individu dan koperasi.

“Mereka telah melanggan Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Mikro-i dan Pembiayaan Pajak Gadai-i sepanjang tempoh tiga bulan kempen dijalankan.

“Seramai 33 pelanggan individu pula menerima saham bernilai RM2,000 dan enam koperasi telah menerima saham berjumlah RM11,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, majlis penyampaian hadiah secara maya telah diadakan pada Khamis dan turut menyaksikan sesi penyampaian hadiah itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman.

Beliau berkata, buat pertama kalinya, Bank Rakyat menganjurkan kempen untuk anggota dengan menawarkan saham Bank rakyat berjumlah RM138,000.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Syed Abdul Aziz berkata, penganjuran Kempen Duit Berganda merupakan inisiatif Bank Rakyat untuk meningkatkan kesedaran pelanggan mengenai kepentingan menabung sempena sambutan World Savings Day pada 31 Oktober 2020.

“Kempen yang berlangsung selama tiga bulan itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 529,661 penyertaan melalui deposit sekurang-kurangnya RM500.00 melalui Akaun Deposit-i Berjangka, Akaun Simpanan-i, Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah, Akaun Simpanan-i untuk Tabung Qurban, Akaun Simpanan-i Nuri dan Akaun Semasa-i Elektronik (eCAi),” katanya.

Beliau berkata, lima pemenang utama telah memenangi wang tunai sebanyak RM20,210 manakala 30 lagi pelanggan bertuah memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 pada setiap bulan sepanjang kempen itu berlangsung.

“Bank Rakyat turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Kempen DuitNomNom yang menawarkan hadiah utama berjumlah RM66,000 untuk pelanggan bertuah yang melakukan transaksi DuitNow dari iRakyat pada tempoh kempen,” katanya.

Khautar Omar merupakan pemenang utama bagi kempen itu manakala 66 pelanggan telah menerima RM100 sebagai hadiah sagu hati.