PDRM perlu tingkatkan semangat profesionalisme anggota

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan perhatian terhadap usaha meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan anggotanya.

Aktivis Sosial yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia adalah bagi memastikan agensi penguatkuasaan itu berada di tahap yang terbaik demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"PDRM merupakan agensi penguatkuasaan yang penting di negara ini dan harus melaksanakan tugasnya secara berkesan, beramanah dan berintegriti agar ia tetap dihormati dan disayangi oleh masyarakat dan negara.

"Saya berharap agar PDRM juga berusaha memastikan kebajikan anggotanya sama ada yang sedang berkhidmat atau yang sudah bersara sentiasa terjaga dan terbela," katanya dalam kenyataan pada Khamis sempena Hari Polis ke-214 yang disambut pada 25 Mac.

Beliau berkata, dengan memastikan kebajikan anggota terjaga baharulah dapat mewujudkan anggota yang berkomited, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang digalas di bahu mereka.

Artikel Berkaitan: