Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemui di tebing sungai

Mayat seorang lelaki ditemui di tebing sungai Batu Hampar Jugra, Kuala Langat pada Khamis.
Mayat seorang lelaki ditemui di tebing sungai Batu Hampar Jugra, Kuala Langat pada Khamis.
A
A
A

KUALA LANGAT - Mayat seorang lelaki ditemui di tebing Sungai Batu Hampar Jugra, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, penemuan mayat lengkap memakai baju-T dan berseluar dalam itu dimaklumkan orang awam kira-kira jam 10.20 pagi.

"Sepasukan anggota telah tiba ke lokasi untuk bantuan mengangkat mayat ke atas tebing.

"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Kita akan menunggu keputusan bedah siasat sebelum tindakan lanjut dibuat," katanya.

Artikel Berkaitan: