Isu Korea Utara: Polis Johor pantau lokasi sensitif

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi sensitif di negeri ini ekoran ketegangan hubungan negara dengan Korea Utara baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi berkenaan atas faktor keselamatan.

"Kita melakukan pemantauan berterusan dengan bantuan pihak cawangan khas. Lokasi penting yang ada berkaitan dengan Korea Utara ini kita akan pantau dan akan tingkatkan lagi kawalan keselamatan di lokasi sasaran.

"Saya hanya boleh maklum secara umum sahaja, lokasi sebenar tidak boleh dikongsikan kerana ini sasaran penting," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan Hari Polis Ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK ) Johor di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan Pengarah dan Ketua Polis Negeri untuk meningkatkan kesediaan dalam memantau akan berlaku perkara tidak baik berhubung isu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ancaman Korea Utara: PDRM tingkat kawalan keselamatan

Pyongyang sebelum ini mengumumkan pihaknya menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Ia berikutan seorang rakyatnya yang menetap di negara ini, Mun Chol Myong telah diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Susulan itu, Kementerian Luar Negeri mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan ahli keluarga meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Korea Utara putus hubungan diplomatik

Kedutaan Korea Utara diberi tempoh 48 jam tinggalkan Malaysia

Malaysia akan terima akibat, kata konsulat Korea Utara