Jangan berpecah hanya kerana berbeza pendapat: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua ahli parti itu agar tidak berpecah hanya disebabkan perbezaan pendapat.

Beliau sebaliknya berkata, perbezaan pandangan dalam sesebuah parti seharusnya diraikan.

"Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah. Pada masa yang masih ada, perbaikilah kelemahan ini.

"Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan. Jangan kerana perbezaan pendapat kita menimbulkan kabilah," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam masa sama turut mengingatkan ahli parti itu mengambil iktibar atas kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Katanya, musuh parti bukan sahaja datang daripada luar tetapi ada dalam parti itu sendiri.

"Saudara saudari sekalian, tsunami PRU14 hampir menenggelamkan kapal UMNO ini. Kita betulkan sauh dan menampal bocor kapal UMNO yang hampir tenggelam.

"Kita layari semula bersama rakan-rakan yang masih setia menuju destinasi kemenangan," katanya.

Artikel Berkaitan: