X

Kindly register in order to view this article
!

Tular video lelaki selamba buang sampah dari kereta

Paparan Facebook MPPP berhubung video tular.
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang membuang sampah dari dalam kereta ketika berada di parkir Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown membawa padah apabila dikesan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP).

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) memuat naik video aduan daripada orang awam berdurasi tiga minit 11 saat di Facebooknya yang memaparkan lelaki berkenaan dengan selamba membuang sampah hingga mengotorkan parkir terbabit.

MPPP menegaskan pihaknya sangat kecewa dan memandang serius individu yang mengotorkan bandar raya itu.

"Kelakuan seorang lelaki membuang sampah dengan banyak dari dalam keretanya ke atas jalan raya amatlah dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 membolehkan individu itu didenda sehingga RM500. Sabitan kedua atau kali kemudian boleh didenda sehingga RM1,000," menurut kenyataan terbabit.

Paparan video menunjukkan kawasan parkir kotor dipenuhi sampah bersebelahan kereta lelaki terbabit.
Paparan video menunjukkan kawasan parkir kotor dipenuhi sampah bersebelahan kereta lelaki terbabit.

MPPP juga menyarankan orang ramai menjadi mata telinga pihak berkuasa tempatan itu dan melaporkan kejadian sedemikian supaya bandar sentiasa bersih.

Baru-baru ini, tular di laman sosial rakaman video aksi seorang lelaki membuang sampah dari dalam kereta di parkir mendapat kecaman dari netizen.

Lelaki itu tidak menyedari perbuatannya dirakam oleh individu yang berada di lokasi kejadian sebelum memuat naik di Facebook hingga sampai ke pengetahuan MPPP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!