Rekaan fesyen pelajar MSU bakal gegar Osaka tahun depan

Noraini (tengah) bersama Mohd Shukri (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar selepas selesai melancarkan International Fashion Collection 2021 yang diadakan di MSU. - FOTO ROSLI TALIB
Noraini (tengah) bersama Mohd Shukri (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar selepas selesai melancarkan International Fashion Collection 2021 yang diadakan di MSU. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality and Creative Arts (SHCA) bakal berkongsi pentas peragaan antarabangsa melalui Ueda Gakuen Collection anjuran UEDA College of Fashion di Osaka, Jepun awal tahun depan.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, matlamat penganjuran bertaraf antarabangsa itu adalah untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti pereka fesyen muda MSU di pentas peragaan.

Menurut Mohd Shukri, secara keseluruhannya sebanyak 40 rekaan bakal diperagakan berkonsepkan kontemporari dengan suntikan elemen tradisional Malaysia dan Jepun.

"Kerjasama strategik di antara MSU, UEDA College of Fashion dan TreasuKURA telah menyaksikan pelajar rekaan fesyen MSU mendapat pendedahan antarabangsa melalui pengalaman pembelajaran, pentas peragaan dan komersil.

"Semenjak 2018, pelajar MSU telah mendapat peluang mengetengahkan rekaan mereka di pentas pertunjukan dan pameran fesyen Uedagakuen Collection di Osaka, Jepun yang dianjurkan oleh UEDA College of Fashion.

"Selain itu, kolaborasi di antara MSU dan TreasuKURA menyaksikan rekaan pelajar MSU telah dipilih untuk diperagakan di pentas berprestij Malaysia Fashion Week," katanya dalam kenyataan sempena majlis pelancaran program MSU International Fashion Collection 2021 di MSU Shah Alam pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Noraini (tengah) bersama Mohd Shukri (dua kanan) pada majlis pelancaran International Fashion Collection 2021 yang diadakan di MSU. - FOTO ROSLI TALIB
Noraini (tengah) bersama Mohd Shukri (dua kanan) pada majlis pelancaran International Fashion Collection 2021 yang diadakan di MSU. - FOTO ROSLI TALIB

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Seri Noraini Ahmad.

Hadir sama barisan pengurusan kanan MSU dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Presiden UEDA College of Fashion Hitoshi Tajima serta Pengasas TreasukURA, Tetsuya Mizutani secara maya.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, usaha MSU dalam mempelopori kecemerlangan pendidikan tinggi menyaksikan MSU berada di kedudukan pertama di Malaysia.

Malah katanya, MSU turut disenaraikan dalam kalangan 151-200 dunia bagi subjek Art and Design (Fashion Design) pada edisi 2021 QS World University Rankings by Subject.

"Sementara bagi subjek Hospitality and Leisure Management, MSU berada pada kedudukan kedua terbaik di Malaysia serta disenarai dalam kalangan 51-100 terbaik dunia.

"Selain itu, kualiti jenama MSU turut diiktiraf sebagai penerima "Malaysia Tourism Council Gold Award School of Tourism and Hospitality" dan Malaysia Centre of Excellence or the Asia Pasific Institute of Events Management (APIEM)," katanya.

Tambahnya, institusi pendidikan tinggi dalam negara merupakan antara pemain industri utama yang telah melahirkan ramai pereka berdaya saing dalam industri fesyen negara dan antarabangsa.

"la turut menyumbang kepada perkembangan industri kreatif di Malaysia yang menyumbang 1.9 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dengan menggaji sekitar satu juta orang serta berpotensi besar untuk berkembang dan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang," katanya.