Larian obor sukan Olimpik Tokyo bermula

Sukan Olimpik Tokyo
Sukan Olimpik Tokyo
A
A
A

IWAKI (Jepun) - Larian obor Sukan Olimpik Tokyo bermula pada Khamis di wilayah Fukushima, lapor Xinhua.

Pemain bola sepak wanita Jepun Azusa Iwashimizu, menjadi pembawa obor pertama dan larian itu akan mengambil masa selama 121 hari merentasi 47 wilayah.

Disertai 14 rakan sepasukan yang lain serta jurulatih Norio Sasaki, beliau akan memulakan larian dari pusat latihan bola sepak kebangsaan J-Village.

J-Village pernah menjadi pusat pemindahan selepas kawasan sekitar Fukushima dilanda gempa dan tsunami pada 2011.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Olimpik Jepun Tamayo Marukawa dan Gabenor Tokyo Koike Yuriko. - Bernama

Artikel Berkaitan: